Home  > Webmaster

Hari ini,
i

Laman Warisan

Giantproducts

Bukusiber.com

Kawasan Rukun Tetangga

Gerakan Daya Wawasan

Medan Info Desa

Tabung Kebajikan

Pusat Akses Komuniti

PIBG SK Kok Pasir

GB4B Kok Pasir

Selerakita.net

Kok Pasir E-blog

Arkib Gambar

Webmaster

Pengerusi KRT

 

Pautan Luar

Persatuan Penulis Tumpat

SMK Berangan

SK Kok Pasir

Kelantan-kita

 

Hubungi Kami

edi@kokpasir.com

Tel: 0129032948 -Ediramle Ismail 


           Laman Web Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan

                                                                                  Webmaster

 

 

 

 

Ediramle Ismail 

BIODATA. WEBMASTER 

 

Ediramle Ismail dilahirkan pada 16 Jun 1959 di daerah Tumpat, Kelantan. Mula membabitkan diri dalam penulisan pada tahun 1977 dalam penulisan puisi.,

 

Pada tahun 1990-an mula aktif dengan pelbagai persatuan sukarela  di peringkat kampung dan daerah .Pernah menjawat sebagai setiausaha 1 Persatuan Penulis Tumpat ( Pesisir )  mulai tahun 1991 – hingga 2000. Kemudian sebagai Ajk Pesisir 2000-2004. Kembali semula sebagai setiausaha1 Pesisir mulai 2004 hingga sekarang. Selain itu juga sebagai ahli Persatuan Penulis Kelantan (PPK).

Juga salah seorang yang berusaha ke arah penubuhan persatuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tumpat (PERINTIS) 2004.

 

Sebelum ini telah juga selaku setiausaha GB4B Cawangan Kok Pasir 1996 - 2000, Setiausaha GB4B Kawasan Tumpat 1998 , Penolong Setiausaha GB4B Tumpat , Setiausaha Kehormat Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Tumpat 1991 (Beberapa bulan sahaja) . Bendahari Persatuan Bekas Tentera Cawangan Tumpat untuk beberapa penggal dan AJK Persatuan Bekas Tentera Cawangan Tumpat melebihi 20 tahun.

 

Jawatan Setiausaha yang agak lama dipegang ialah Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR) kira-kira 13 tahun, Setiausaha tabung Kebajikan Kok Pasir, 9 tahun.

 

Pada tahun 2003 telah menghasilkan  sebuah novel dan memenangi hadiah sagu hati sayembara Novel Alaf baru Dewan Bahasa dan Pustaka dengan novel yang berjudul “Misi Sarwajagat”.

 

Pendidikan secara formal hanya sempat menduduki STP  pada tahun 1978. Selepas gagal memperolehi keputusan yang baik. Tahun 1980 telah menyertai Angkatan Tentera Malaysia dan setelah tamat latihan selama enam bulan telah ditempatkan di Kem Daralockwood, batu 10 Kuantan Pahang dalam rejimen 27 RAMD Kemudiannya 12 Rejimen Askar Melayu DiRaja sehingga tahun 1986 telah berhenti sebelum tiba masanya. Tak sempat pakai pangkat.

 

1986 - 1989 telah menjalani beberapa kerja buruh kampung seperti kerja kontrak, menjadi nelayan sungai, buruh Batu Bata dan pernah ke Ulu Kelantan untuk kerja di ladang Kelapa sawit dan pernah juga bekerja sebagai penoreh getah.

 

Pada tahun 1990 dapat kerja sebagai Pembantu Makmal Rendah dan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat, kelantan . Tahun 1996 Sebagai Pembantu Makmal.

Tahun 2002 telah bertukar tempat kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan sebagai Pembantu Makmal Sains dan sehingga biodata ini ditulis masih lagi bertugas di sini.   

 

Disamping ceburi bidang penulisan dan sebagai aktivis masyarakat juga aktif dalam bidang ICT dan  sehingga kini telah hasilkan  ratusan laman web dan lebih 200 forum perbincangan (egroups) di internet yang membincangkan pelbagai topik termasuk bidang penulisan.

 

 Di bidang penulisan telah hadiri ratusan bengkel penulisan sejak awal tahun 80-an lagi , Dalam bidang penulisan berita, pernah mengikuti beberapa bengkel penulisan berita dan rencana anjuran beberapa persatuan penulis di negeri ini seperti PESISIR, PPK, dan juga GEMA.

 

Tel: 0129032948

 

 Ediramle Ismail

Alamat surat menyurat 

No.100 Jalan Perhentian KTMB,

Kg. Kok Pasir,

16040 Palekbang,

Kelantan

 

e-mel :

ediramle@pesisir.net

edi@pesisir.net

edi@bukusiber.com

edi@giantproduct.com

edi@smkberangan.com

 

                             
 

 

                              
 

Hakcipta  - Ediramle Ismail , Pusat ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan