Hari ini,

Kg. Kok Pasir, Tumpat, Kelantan    
 Home
login e-mel

krt kok pasir

Khemah Untuk Disewa

GB4B Kok Pasir

Kok Pasir E-blog

Arkib Gambar

Webmaster

Pengerusi KRT

Laman Asal (Arkib)

Laman Warisan

Login E-mel Gmail

 (sila klik butang di atas)

Maklumat Kampung

Profil Kampung Kok Pasir
Pengurusan Kampung
Pendidikan
Ekonomi
Keceriaan dan Keindahan
Kesihatan dan Kebersihan
Kerohanian dan Sivik
Teknologi Maklumat
Tabung Khairat

Organisasi GDW
Biro-Biro GDW
Medan Info Desa

LAMAN WEBMASTER
PESISIR Tumpat
Kelantan-kita
Keluarga WanNuh
SMK Berangan

Egroup Kendalian
Pusat ICT Kok Pasir

Pautan Pilihan/Rujukan
Laman Rujukan
inhabitat.com
ceramah islam
A'ptus.net.my
Ramalan Cuaca Di Kota Bharu

Peta Langit dan Awan

Blog Warga Kok Pasir

Blog Anuar Marzuki
Blog Asyraf Wajdi
Politik Kampung
Mohd Azizi Zainudin
AsyrafWajdi.com
 
Laman Sahabat Webmaster
sharimi.com
ejoesolutions
Mygg2u
Jayabayu.net
Nixkgeekier  
Kedai Kain fabrica
 
Laman Sahabat Kuasa Minda
 
Suhaimi Batu Kebal 
Rahsia Kuasa Minda
 
Laman Forum
Forum SMK Berangan
Forum Pesisir
Forum Perintis  
  
 Panduan Bina Blog  
 
 Enjin Pencari Blog           

Login E-mel Wan Nuh.com
Login E-mel SMKB
Login E-mel Pesisir.net
Login E-mel Kemunchup
Login E-mel e-kedai.biz  


 

 
 

  
   
Kok Pasir Topsites
  
 Malaysian Topsites - Top Malaysian Web Sites
  

Hubungi Kami
edi@kokpasir.com

 

 

 

 

TUGAS/ TANGGUNGJAWAB

 

1.    Mengumpul data berkenaan ICT dan sumber-sumber ICT di Kg .Kok Pasir.

 

2.    Merancang dan menjalankan aktiviti ke arah masyarakat Kok Pasir yang  celik ICT.

 

3.    Mengadakan latihan asas komputer dan latihan ICT kepada masyarakat setempat dan sekitar.

 

4.    Menyebarluaskan maklumat serta aktiviti di Kampung Kok Pasir kepada   masyarakat umum   di seluruh negara.

 

5.    Membantu pelajar-pelajar mencari maklumat dan mendaftar secara online berhubung kemasukan ke IPTA/Kolej dan membantu menyalurkan maklumat-maklumat pendidikan terkini.

 

6.    Mengemuka kaedah yang lebih mudah untuk menjalankan perhubungan dengan pihak tertentu dengan menggunakan peralatan komunikasi yang canggih pantas dan menjimatkan.

 

7.  Berkerjasama dengan mana-mana biro GDW Kok Pasir dan mana-mana   

     NGO di mukim ini  dalam menjayakan program mereka.

 

8.  Membantu memasarkan produk setempat melalui internet

 

 

MATLAMAT BIRO

 

1.   Menghubung silatulrahim antara pengguna ICT di mana sahaja mereka berada.

 

2.  Mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan dalam ICT dan berinformasi dalam      talian komunikasi.

 

3.   Memberi peluang seluas-luasnya kepada masyarakat Kok Pasir dan kawasan sekitarnya menikmati kemudahan ICT dalam mencari maklumat-maklumat terkini.

 

4.   Memetakan Kok Pasir sebagai kampung bersejarah dan bermaklumat ke segenap pelusuk dunia Melayu.

 

5.   Merangsang penduduk setempat dan seluruh masyarakat terutamanya di Negeri Kelantan agar menyedari tentang betapa pentingnya penggunaan kemudahan ICT pada masa ini dan masa akan datang.

 

 

6.   Menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya Teknologi Maklumat     dan Komunikasi dalam mengharungi zaman globalisasi ini.

 

7.  Meneroka peluang-peluang perniagaan dan pemasaran produk setempat melalui Internet.

 

8.  Mewujudkan Kok Pasir sebagai Desa ICT yang pertama di Daerah Tumpat dan Negeri Kelantan.

 

 

 

PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET DI KOK PASIR

 

            Penggunaan komputer dan internet di Kok Pasir, walaupun pada tahap yang masih boleh dipertingkatkan lagi , namun begitu ianya telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh sebilangan penduduk kampung Kok Pasir.

 

            Sejumlah 37 buah keluarga di kampung ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer peribadi atau laptop di rumah masing-masing. Daripada jumlah itu sebanyak 16  keluarga di kampung ini menggunakan internet untuk pelbagai tujuan (tidak termasuk mereka yang menggunakan kemudahan internet di MID dan Anjung ICT)   yang bermanfaat seperti mengisi borang online,semakan keputusan temuduga,memohon pekerjaan secara online dan sebagainya.

 

            Walaupun penggunaan ICT di Kampung ini masih di tahap  tidak  menyeluruh, tapi mutu penggunaannya adalah setanding dengan kawasan lain yang lebih maju malah Kok Pasir adalah antara yang terkedepan . Ini adalah berdasarkan kata carian   di google.com , yahoo.com , msn.com , altavista.com gigablast.com dan beberapa enjin pencari utama yang lain dengan menggunakan kata carian “Kok Pasir”.

 

            Hingga kini dan pada masa akan datang, Biro ICT  telah dan akan terus berusaha untuk mempertingkatkan kadar celik ICT di Kampung ini termasuk berusaha untuk mendapatkan kemudahan dan bilik yang sesuai untuk menjalan proses ICT.

 

 

KEMUDAHAN ICT DI KOK PASIR

 

            Dalam usaha mengikuti arus zaman ICT yang bergerak pantas , Kg. Kok Pasir tidak ketinggalan atau terpinggir dari perkembangan zaman ini. Kg. Kok Pasir mampu bergerak seiring dengan pergerakan arus pemikiran globalisasi kini bebeberapa kemudahan telah disediakan di sini bagi mempercepatkan kadar celik komputer dan ICT di kampung ini  antaranya:

 

 

 

a.      Medan Infodesa Mukim Kok Pasir

 

Medan infodesa (MID) Kok Pasir merupakan sebuah kemudahan yang dibina khas oleh kerajaan Malaysia melalui Kementarian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah bertujuan  merapatkan jurang  digital  antara masyarakat bandar dan luar bandar supaya dapat maju seiring tanpa sempadan yang dibatasi oleh sempadan geografi.

 

MID Kok Pasir mula dibuka pada bulan Oktober 2008 dan diuruskan sementara  oleh AJK dalam kalangan penduduk tempatan yang diseliakan oleh KEMAS Tumpat dan KESEDAR.

 

Sehingga laporan ini dibuat Medan Infodesa Kok Pasir belum lagi ada pengurus yang dilantik khas oleh pihak Kementerian bagi mengurus sepenuh masa MID ini supaya lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan. Aktiviti utama MID Kok Pasir sekarang ialah kursus-kursus yang bertujuan agar masyarakat setempat khasnya,  celik ICT dan celik komputer. Bagaimanapun calon untuk Pengurus MID Kok Pasir telah ditemuga oleh pihak Kementerian pada awal  Oktober ini.

 

Antara kursus yang telah dijalankan di MID Kok Pasir.

 

Sejumlah 12 siri Kursus Literasi Komputer Desa anjuran KESEDAR dengan kerjasama KEMAS dan AJK MID seperti berikut:

 

i.              Kursus literasi komputer desa siri 1 - 2008  pada  16 hingga 19 November 2008.

ii.            Kursus literasi komputer desa siri 2 - 2008  pada 24 hingga 27 November 2008

iii.           Kursus literasi komputer desa siri 3 - 2008  pada 30 November hingga 3 Disember 2008

iv.           Kursus literasi komputer desa siri 4 - 2008  pada 14 hingga 17 Disember 2008

v.            Kursus literasi komputer desa siri 5 - 2008  pada 22 hingga 25 Disember 2008

vi.           Kursus literasi komputer desa siri 6 - 2008  pada 28 hingga 31 Disember 2008

vii.          Kursus literasi Komputer desa siri 1 - pada 20 hingga 22 April 2009

viii.        Kursus Literasi Komputer Desa siri 2 pada 28 hingga 30 April 2009

ix.           Kursus Literasi Komputer Desa Siri 3 - pada 5 hingga 7 Mei 2009

x.            Kursus Literasi Komputer Desa Siri 4 - pada 11 hingga 13 Mei 2009

xi.           Kursus Literasi Komputer Desa Siri 5- pada 17 hingga 19 Mei 2009

xii.          Kursus literasi komputer desa  siri 6 pada 25  hingga  27 Mei 2009

xiii.        Kursus Literasi Komputer Desa Siri 6 - pada 25 hingga 27 Mei 2009

 

 

 

Selain kursus literasi komputer, turut diadakan siri-siri kursus ICT yang lain seperti kursus bina laman blog, kursus kendali web radio, kursus adobe photoshop, kursus asas pengendalian e-mel . Hasil daripada kursus-kursus yang dijalankan telah berjaya memperkenalkan komputer dan ICT kepada ratusan penduduk kampung Kok Pasir dan kampung-kampung sekitar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

b.      Anjung ICT Kok Pasir

 

Anjung ICT adalah merupakan lanjutan  kepada Pusat ICT Kok Pasir dan Pusat Sumber Maklumat Desa  yang diwujudkan pada 1 Januari 2005.  Matlamat utama Anjung ict Kok Pasir adalah  mewujudkan masyarakat Kok Pasir sebagai masyarakat yang celik ICT  dan masyarakat bermaklumat serta berilmu serta dapat memanfaatkan teknologi terkini setanding dengan masyarakat di tempat lain.

 

Anjung ICT yang terletak di PT 270 Taman Wanza kg Kok Pasir menyediakan khidmat akses ke internet secara percuma melalui wayerless di kawasan sekitar kurang lebih 100 meter sekeliling yang turut meliputi Bilik Gerakan GDW Kok Pasir. Di anjung ICT adalah sebagai Pengkalan utama ICT di Kok Pasir juga lokasi mengemaskini laman web dan pengendalian egroups, tempat penyiaran Radio Web Kok Pasir dan Radio Web Puisi Pesisir (Persatuan Penulis Tumpat)  serta menyediakan akses internet.

 

Antara peranan yang dimainkan oleh Anjung ICT :-

·         Membangunkan  beberapa laman web kampung

·         Menganjurkan kursus-kursus komputer dan ICT

·         Mewujudkan  komuniti perbincangan melalui egroup  di internet

·         Menganjurkan perjumpaan ICT

·         Pembelian melalui internet

·         Menyedia kemudahan untuk pelajar menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan    penggunaan komputer

·         Sebagai Pusat penyiaran Radio web kokpasir.com

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 

Ruang Anjung ICT Kok Pasir

 

 

 

c.      Makmal Komputer SK Kok Pasir

 

Selain  kemudahan ICT perseorangan dan persatuan,  Sekolah Kebangsaan Kok Pasir juga kini telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran  sebuah makmal komputer yang canggih dan dilengkapi dengan internet jalur lebar Schoolnet. Kemudahan ini telah dimanfaatkan oleh guru-guru dan pelajar demi untuk menyahut cabaran globalisasi ini

.

 

Berdasarkan kepada penggunaan ICT yang dimanfaatkan dengan sepenuhnya di Sekolah Kebangsaan Kok Pasir. Adalah diharapkan dalam masa terdekat,anak-anak Kok Pasir adalah di antara mereka yang terkedepan dalam perkembangan ICT  khasnya di Negeri Kelantan.

 

d.      Pusat Akses Sekolah

         

Selain Pusat Akses Komuniti dan Makmal Komputer di SK Kok Pasir juga dilengkapi dengan Pusat Akses Sekolah yang menempatkan 10 buah komputer untuk kegunaan pelajar dan guru-guru Sek. Keb. Kok Pasir mengakses internet.

 

e.      Pusat Akses Komuniti SK Kok Pasir.

 

Pusat Akses Komuniti Sk.Kok Pasir merupakan perintis kepada aliran penubuhan pusat-pusat PAK Daerah di Malaysia.Kewujudannya adalah hasil kerjasama pihak sekolah dan sumbangan dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan (PSPNK).Keseluruhan 7 buah komputer yang terdapat didalam pusat akses ini adalah sumbangan dari PSPN manakala sekolah menyediakan tempat dan beberapa kelengkapan lain disamping mengurus perjalanan operasi pusat ini. Walaupun dunia ICT pada amnya lebih didominasi oleh penduduk di bandar,namun dengan wujudnya Pusat Akses Komuniti sebegini akan membantu masyarakat kearah hidup lebih sempurna dan selesa.

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimanapun sejak akhiran ini ianya agak kurang praktikal untuk kegunaan masyarakat kampung memandangkan ianya berada di dalam kawasan sekolah.

AKTIVITI ICT DI KOK PASIR

 

a.         Laman Web Kok Pasir.

 

Kearah memetakan dan memperkenalkan Kok Pasir sebagai sebuah kampung yang bersejarah dan bermaklumat ke seluruh dunia Melayu mulai tahun 2003 lagi , Biro ICT telah mewujudkan beberapa laman web khas Kampung Kok Pasir yang memuatkan pelbagai data-data sejarah dan gambar-gambar yang istimewa yang sesuai untuk dikunjungi yang terdapat di kampung ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laman web kokpasir : http://www.kokpasir.com

 

Laman web yang dimaksudkan boleh dilayari menerusi  pautan berikut:

 

·         http://www.kokpasir.com     -           Laman induk Kok Pasir

·         http://kokpasir.yoll.net         -           Laman arkib

·         http://kokpasir.isgreat.tv      -           Laman arkib

·         http://kokpasir.bebto.com    -           Laman arkib

·         http://www.anjungict.com   -          Laman Kok Pasir

 

 

Kokpasir.com merupakan laman induk yang memuatkan pelbagai aktiviti serta gambar-gambar aktiviti yang diadakan di Kok Pasir. Ianya dikemaskinikan hampir setiap hari bergantung kepada maklumat terbaru di Kok Pasir. Laman ini dikunjungi kurang lebih 250 pengunjung setiap hari yang terdiri daripada pelbagai pengunjung termasuk dari luar negara. Sehingga laporan ini dibuat sejumlah 99,584 pengunjung telah masuk ke laman kokpasir.com  melalui laman index, ini tidak termasuk yang masuk melalui laman-laman yang dipautkan.

 

Kokpasir.com memainkan peranan yang besar terhadap memperkenalkan Kampung Kok Pasir ke mata umum terutamanya di negara ini. Pada masa akan datang, kok pasir.com dirancangkan sebagai sebuah laman web e-dagang yang memasarkan produk-produk yang dikeluarkan di kampung ini.

 

Antara kandungan laman http://www.kokpasir.com

·         Foto-foto aktiviti kok pasir

·         Ruangan perbincangan melalui shout box

·         Radio web kokpasir.com

·         Rakaman ceramah agama dan temubual

·         Video aktiviti di kok pasir dan sekitar

·         Makluman aktiviti akan datang

·         Kemudahan untuk mesyarakat luar menghubungi warga kok pasir

·         Memasarkan produk Kok Pasir seperti sewa khemah dan juga sewa MID

·         Maklumat kampung,termasuk profil kampung,laporan aspek-aspek GDW Kok Pasir

·         Pautan ke laman-laman berkaitan dan rujukan.

 

 

 

b.         Mailing List (Egroups)

 

Selain menghasilkan laman web dan blog, Biro ICT dengan kerjasama Anjung ICT Kok Pasir  juga telah mengasaskan ratusan egroups khas di internet bertujuan  merangsang ke arah celik ICT, mahir ICT dan seterusnya melahirkan pakar-pakar ICT di daerah Tumpat khasnya juga Negeri Kelantan serta Malaysia amnya.

 

Antara egroup berkaitan dengan ICT yang  didirikan oleh biro ICT dengan kerjasama Anjung ICT Kok Pasir adalah seperti berikut :

           

                        Egroups

                        Kelantan-kita@yahoogroups.com                 Perintis@yahoogroups.com             

Tumpat@yahoogroups.com             Pesisir@yahoogroups.com       

IT-Kelantan@yahoogroups.com                                                                          

Selain itu Anjung ICT juga menubuhkan lebih 300 egroups di yahoogroups dan googlegroups yang membincangkan pelbagai bidang khusus seperti ICT,Sastera,Astronomi,motivasi,pendidikan,keagamaan dan juga perniagaan. Sebahagian daripadanya boleh dilayari melalui pautan  http://www.kokpasir.com/egroupkendalian.html. Semua egroups ini adalah terbuka penyertaannya.

 

 

RANCANGAN  BIRO ICT GDW KOK PASIR

 

            Bertujuan ke arah merealisasikan matlamat yang digariskan, Biro ICT GDW Kok Pasir merancang untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang berkaitan untuk dimanfaatkan oleh ahli dan Masyarakat umum seluruhnya.

 

Antara aktiviti yang dirancangkan adalah seperti berikut:

 

           

Bagi mengekalkan Laman Web Kok Pasir sebagai saluran maklumat  kepada masyarakat umum laman web itu akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa oleh webmaster laman dan moderator egroups.

 

  • Adakan Kursus ICT dan Kursus Komputer  - 2 jam untuk setiap sesi.

§     Kursus asas pengendalian E-mel

§     Kursus asas Microsoft Word

§     Kursus Power Point

§     Kursus Pengenalan  internet

§     Kursus membina blog

§     kursus membina laman web

§     Kursus Jomla

§     Kursus kendali web radio dan web TV

§     Kursus Adobe photoshop.

 

  • Mengadakan dan membantu mewujudkan email-email peribadi kepada orang ramai yang memerlukan untuk berhubung dengan anak-anak atau rakan taulan khususnya kepada masyarakat Kok Pasir. 

 

  • Mengadakan kursus menerbitkan bahan-bahan bercetak dan CD melalui kemudahan penggunaan komputer dan juga pengumpulan maklumat daripada sumber-sumber internet

 

  • Membuat kajiselidik pengguna-pengguna komputer di rumah, penggunaannya dan penglibatannya dalan dunia ICT

 

  • Mewujudkan satu dokumen literasi internet dan pengunaanya secara berkesan oleh penduduk Kok Pasir khususnya untuk dijadikan bahan sumber golongan yang memerlukannya

 

 

 

 

RUMUSAN

 

Beberapa perancangan dan aktiviti yang dijalankan sehingga kini masih belum berjaya sepenuhnya seperti juga di tempat-tempat lain disebabkan oleh kurangnya kesedaran tentang kepentingan menguasai komputer dan ict terutamanya dalam kalangan remaja .

 

Beberapa langkah telah dan sedang dilaksanakan oleh Biro ICT  bagi menambah kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ict dalam kehidupan seharian terutamanya dimasa-masa akan datang.

 

Kemudahan talian internet kini adalah begitu memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana kini talian streamyx telah dapat digunakan dengan memuaskan.

 

Dengan ini diharapkan sebilangan besar penduduk setempat di sini dapat memanfaatkan kemudahan yang ada untuk mendalami dunia ICT yang luas terbentang yang boleh dipetik ribuan manfaat daripadanya.

 

 

 

Disediakan oleh Biro ICT GDW Kok Pasir.

 

http://www.kokpasir.com

 

gdw@kokpasir.com

 

 

Oktober  2009

Ediramle Ismail , unit ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan