Aspek Kerohanian dan Sivik
MATLAMAT
Menyemai nilai- nilai keperibadian Islam yang tinggi dalam setiap diri individu penduduk Kampung Kok Pasir tanpa mengira peringkat usia.
TUJUAN
-
Menerapkan nilai-nilai akhlak yang mulia
-
Menambah pengetahuan agama berkaitan Fardu Ain dan Fardu Kifayah
-
Memastikan setiap warga Kok Pasir berada di Majlis Ilmu iaitu kuliah Maghrib antara selang waktu solat Maghrib dan Isyak.
MOTTO
”AMALAN BAIK ITU ADALAH IBADAT”
v Kemudahan Asas berkaitan kerohanian dan sivik
Masjid
- 1
buah
Madrasah - 8 buah
Telefon awam - 2 buah
Tapak perkuburan - 3 buah
Dewan orang ramai - 1 buah
Sekolah - 1 buah
Pra-sekolah - 6 buah
Klinik desa - 1 buah
Balairaya - 1 buah
Suluk Tok Selehor - 1 buah
Asrama anak yatim - 1 buah
Dewan Tertutup - 1 buah
Dewan Terbuka - 1 buah
Asrama Warga Tua - 5 Blok
Medan Infodesa - 1 buah
AKTIVITI
Jadual Kuliah Agama di Masjid Kok Pasir
|
Hari
|
Masa |
Nama Guru |
Bidang Ilmu |
|
Jumaat
|
Kuliah Maghrib |
Hj Ibrahim ( Iman Tua )
|
Fekah |
|
Sabtu
|
Kuliah Maghrib |
Hj Hussin Mahmud |
Al-Quran |
|
Ahad
|
Kuliah Maghrib |
Ustaz Wan Mat |
Al-Hadis |
|
Isnin
|
Kuliah Maghrib |
Hj Wan Mohd Zain |
Tafsir |
|
Selasa
|
Kuliah Maghrib |
Hj Mohd Suhaimi |
Akhlak |
|
Rabu |
Kuliah Maghrib |
Ustaz Che Mohd Abdullah ( Iman Muda )
|
Fekah/ Hadis |
|
Khamis
|
Kuliah Maghrib |
Ust Ab. Aziz Abdullah
|
Tafsir |
Selain daripada kuliah di atas, majlis ilmu juga diadakan dikebanyakan madrasah disekitar Kampung Kok Pasir seperti Madrasah Hj Adam, Tok Ayah, Tok Selehor dan Madrasah Abang Lah. Golongan sasaran adalah penduduk Kampung Kok Pasir yang keseluruhannya beragama Islam.

v Pusat - pusat pengajian Al-Quran untuk kanak-kanak
Kelas-kelas pengajian Al-Quran dikendalikan oleh beberapa orang guru. Kelas ini diadakan kebanyakannya di rumah guru terbabit. Kelas pengajian ini diadakan setiap hari kecuali pada hari Khamis malam Jumaat. Antara tempat pengajian tersebut ialah :-
· Hajjah Zainab bt Kassim
· Hajjah Naimah bt H. Ab Rahman
· Hj. Yakub bin Hj Karim
· Rahmah bt Harun
· Hj. Yusoff bin Ismail
· Ramlah binti Hj. Yaacob ( Pondok Darul Hanan )
v Aktiviti lain
a) Ibadat Korban
Sering dilaksanakan pada setiap kali perayaan Hari Raya Korban di Masjid, Pondok Darul Hanan dan Madrasah tertentu.
b) Majlis Assyura
setiap madrasah dan masjid akan membuat bubur Assyura sempena menyambut tahun baru Islam bertujuan mengeratkan silaturahim antara kariah dan anak mukim serta merapatkan hubungan antara pemimpin dengan anak mukim..
c) Maulidur Rasul
menjelang bulan Rabiul Awal, hampir setiap rumah penduduk akan mengadakan majlis ini. Di masjid dan madrasah pula diisi dengan program ceramah dan kuliah disamping acara sambutan kenduri.
d) Mengadakan Qiamullai sempena malam Lailatul Qadar dan sepuluh terakhir Ramadhan pada hari-hari tertentu.
e) Aktiviti sambutan Israk Mikraj.
f) Program khatam Al-Quran.
g) Tadarus Al-quran (sekali khatam) masa 5.00 petang – 6.30 petang .
Anjuran KEMAS Negeri Kelantan dengan kerjasama GDW Kok Pasir di Masjid Tok Selehor pada Khamis 20 Ramadhan 2009, pada majlis yang sama turut diadakan majlis berbuka puasa.
h) Gotong Royong bersih kubur – 2 kali setahun.
i) Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar (KPLB) tahun 2009 Negeri Kelantan telah diadakan pada 26 Julai 2009 bertempat di Masjid Selehor- Anjuran Kementerian Kemajuan Luar Banda Dan Wilayah.
j) Kuliah/Ceramah Agama selepas solat Jumaat dan Subuh setiap minggu di bulan Ramadhan oleh penceramah jemputan.





YAYASAN DARUL HANAN

Anggota Pemegang Amanah Yayasan Darul Hanan
Pengerusi - Dr. Ashraf Wajdi bin Haji Dusuki
Setiausaha - Haji Daud bin Sulaiman
Bendahari - Haji Mohamad bin Ismail
Anggota - YB Dato’ Ramzi bin Abdul Rahman
Datin Hajjah Nik Nooraini bt Yahya
Hajjah Zakiah bt Zaid
Rafaei bin Muhamad
Haji Mohd Zain bin Abu Bakar
LATAR BELAKANG
Suatu masa dahulu Kampung Selehor adalah antara kampung yang tersohor di Kelantan, kerana adanya sebuah sekolah sistem pondok yang dipimpin oleh al-marhum Tuan Guru Hj. Abdul Rahman bin Othman (1917 - 1935) yang dikenali ramai dengan nama Tok Selehor.
Sekarang pengajian agama menurut sistem sekolah pondok sudah tidak mendapat tempat lagi. Di atas keruntuhan itu cucu-cucu dan waris-waris al-Marhum Tok Selehor bermuafakat mendirikan rumah-rumah kecil berbentuk pondok untuk ditempatkan warga tua di atas tapak pondok selehor itu.
TUJUAN
Æ Membantu warga tuan yang tidak berwaris.
Æ Memanfatkan masa lapang mereka dengan aktiviti agama.
Æ Memberi sokongan emosi dan kaunseling
Æ Mengukuhkan kegiatan beribadah, riadah dan rekreasi
Æ Menanamkan rasa ehsan dan perihatin masyarakat kepada warga tua.
Usaha kebajikan ini mendapat sokongan ramai dengan menyumbangkan derma, khususnya murid kelas-kelas agama pimpinan Datin Nik Nooraini Yahya. Lantaran itu pada 17 November 1999 pendaftaran Yayasan Darul Hanan dibuat dan nombor pendaftarannya ialah 499140P.
Pondok-pondok yang dibina sebanyak 5 blok dengan 40 bilik dengan ditempatkan seramai 40 orang warga tua yang tidak berwaris. Umur mereka melebihi 60 tahun dan tidak berpenyakit. Sebilangan daripada penghuni di sini mendapat bantuan bulanan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat dan sebahagiannya ditanggung oleh Yayasan Darul Hanan.
AKTIVITI PENGHUNI
- Mengerjakan ibadah khusus secara berjemaah.
- Bertadarus Al-Quran.
- Mendalami ilmu berhubung dengan fardu ain dan akidah.
- Mengadakan program lawatan dan ziarah ke tempat-tempat yang difikirkan munasabah.
ANAK-ANAK YATIM DAN ORANG MISKIN
Sekarang seramai 164 orang anak yatim mendapat bantuan Yayasan Darul Hanan. Mereka ditanggung secara bulanan oleh ibubapa angkat masing-masing yang diurus dan diselaraskan oleh pentadbiran Yayasan Darul Hanan. Mereka ini terus tinggal bersama keluarga asal mereka disebabkan Yayasan Darul Hanan belum mempunyai asrama yang sesuai untuk mereka dan masih mencari dana yang mencukupi bagi menyelenggarakan kehidupan mereka di asrama.
Walau bagaimanapun mereka dari masa ke semasa dikumpulkan di Darul Hanan bagi mengetahui perkembangan kehidupan dan kemajuan pelajaran mereka dengan kerjasama pihak sekolah tempat mereka belajar .
BANTUAN DAN DERMA
Telah menjadi kelaziman pada setiap kali menjelang bulan Ramadan dan awal Syawal, Yayasan Darul Hanan sering menerima bantuan dan derma daripada orang ramai atau badan-badan tertentu. Bantuan ini telah memeriahkan suasana Ramadhan dan Hari Raya bagi anak-anak yatim dan Warga Tua di sini.
Pada hari raya korban pula ramai penderma yang memberi sumbangan derma untuk membeli lembu atau kambing bagi tujuan korban. Daging korban itu diagih-agihkan kepada penghuni, anak-anak yatim dan penduduk setempat.






