Aspek Keceriaan dan Keindahan
MATLAMAT
Mewujudkan suasana kampung yang mengamalkan 3K (Kebersihan, Keindahan dan Ketertiban) sepanjang tahun.
TUJUAN
v Memastikan suasana kampung berada dalam keadaan bersih dan teratur/tertib.
v Mewujudkan hubungan ukhwah dikalangan penduduk melalui semangat gotong-royong.
v Mewujudkan suasana kampung yang ceria dengan landskap dan papan tanda yang mendamaikan.
v Melahirkan semangat mandiri dikalangan penduduk kampung dengan rasa tanggungjawab untuk memastikan suasana kampung berada dalam keadaan baik sesuai dengan amalan 3K.
AKTIVITI
v Mengadakan kerja bergotong royong membersih kiri dan kanan jalan, menanam bunga di kiri dan kanan jalan terutama di kiri dan kanan jalan utama keluar dan masuk kampung.
v Mengadakan acara gotong royong membersih kiri dan kanan jalan di seluruh kampung.
v Mengadakan gotong royong membersih kawasan tanah perkuburan menjelang bulan Ramadhan.
v Mengadakan gotong royong membersih kawasan sekitar masjid, surau, balairaya dan padang permainan secara berkala.
v Membuat kerja-kerja penyelenggaraan pokok-pokok bunga yang ditanam, menggantikan pokok bunga yang mati dengan pokok bunga baru dan melakukan kerja-kerja mencantas dan memangkas dahan-dahan pokok bunga dibawah jagaan Gerakan Daya Wawasan Kampung Kok Pasir serta membaja pokok-pokok bunga supaya kelihatan cantik dan hidup subur.
v Menggalakkan penduduk bercucuk tanam di tanah lapang terutama di belakang rumah.






KREATIVITI DAN INOVASI PENDUDUK
v
REPLIKA
Bahan mentah asli daripada tayar besar telah digunakan dan ditempatkan di sebelah kanan dan kiri jalan masuk/ keluar utama berdekatan pintu gerbang.
Di sebelah kiri jalan dari Kampung Kok Keli ke Kampung Kok Pasir ditempatkan tayar besar dengan tulisan ucapan ’’ Selamat Datang Ke Kampong Kok Pasir ’’, manakala di sebelah kanan dari arah yang sama dengan lukisan logo dan tulisan motto ’’ Menuju Kecemerlangan ’’ Gerakan Daya Wawasan Kampung Kok Pasir.
v PAPAN TATA ATUR KAMPUNG KOK PASIR

Papan tata atur penting untuk menunjukkan kemudahan infrastruktur, kawasan pertanian, kawasan perusahaan dan jalan/ lorong di kampung ini.
Kepingan besi aluminium digunakan sebagai latar untuk melukis peta kampung dengan penggunaan beberapa jenis cat dan bahan-bahan sampingan lain.
Ia telah didirikan berhampiran pintu gerbang. Hasil kreativiti ahli jawatankuasa dan penduduk kampung telah membantu orang ramai untuk mengetahui lokasi yang ingin ditujui dalam Kampung Kok Pasir.
v MEMBINA DAN MENYIAPKAN TIANG BENDERA
Bahan mentah digunakan untuk membuat dan menyiapkan tiang bendera ialah besi, simen, pasir dan lain - lain bahan untuk binaan tapak konkrit. Ia dibina bagi melambangkan keagungan negara dan bendera persatuan yang dipasang menunjukan semangat bersatu padu dan saling kerjasama dalm menjayakan aktiviti di kampung.
Tiang ini dibina di jalan masuk atau keluar utama ke/dari Kampung Kok Pasir. Ia dipasang dengan enam bendera iaitu :-
§ Bendera Malaysia
§ Bendera Kelantan
§ Bendera Kampung Kok Pasir
§ Bendera GDW Kok Pasir
§ Bendera KRT Mukim Kok Pasir
§ Bendera GB4B (M) Cawangan Kok Pasir
v MERCU TANDA
Dibina
dengan kerjasama pelajar Politeknik Kota Bharu
sempena Program Anak Angkat Rakan Muda Wawasan
Desa IPT. Bahan yang digunakan daripada besi dan
bahan mentah untuk binaan konkrit.
Ia dibina bertujuan menandakan pelajar Politeknik Kota Bharu pernah menjalankan program anak angkat di Kampung Kok Pasir.
Kedudukan mercu tanda ini adalah di sebelah kanan jalan masuk ke Kampung Kok Pasir berdekatan bengkel besi.
v PAPAN TANDA JALAN/ LORONG

Bahan mentah yang digunakan untuk membuat dan menyiapkan papan tanda jalan/ lorong di Kampung Kok Pasir berubah mengikut peredaran masa. Kini besi aluminium digunakan sepenuhnya bagi menggantikan kayu supaya tahan lebih lama dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Papan tanda jalan/ lorong penting untuk menyokong fungsi Papan Tata Atur Kampung Kok Pasir.
Antara nama-nama tanda jalan/ lorong yang dibuat ialah :-
-
Lorong Pakdo Amat
-
Lorong Haji Pak Mud
-
Jalan Masjid
-
Jalan Kg. Belian
-
Jalan Hutan Jambu
-
Jalan Perhentian Keretapi
-
Jalan Kubur Jerai
-
Jalan Hulu Masjid
-
Jalan Nab Ya
-
Lorong Jaafar Tok Bomoh
-
Lorong Haji Pak soh
-
Lorong Haji Mat







