MATLAMAT

 

Menyahut seruan kerajaan meningkatkan ekonomi masyarakat kampung dalam bidang pertanian,

penternakan, industri, perniagaan dan keusahawanan.

 

 

OBJEKTIF

 

1.            Meningkatkan sosio-ekonomi dan taraf penduduk .

 

2.            Mengubah corak pertanian/ penternakan tradisi kepada pertanian/ penternakan moden dan komersil.

 

3.            Memberi galakan dan bantuan kepada penduduk untuk merebut kekayaan negara dalam bentuk ekonomi.

 

 

PERTANIAN

 

Kampung Kok Pasir dikurniakan tanah yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian.

 Kira-kira 111 ekar kawasan daripada keseluruhan keluasan kampung digunakan untuk

 kegiatan ini. Sebahagian besar penduduk kampung ini menjadikan pekerjaan petani \

sebagai pekerjaan utama. Justeru, tidak hairanlah pertanian sebagai penyumbang utama kepada sumber

pendapatan penduduk kampung.

 

o   Tanaman padi

 

Aktiviti penanaman padi adalah kegiatan ekonomi utama penduduk kampung berasakan pertanian.

Kawasan sawah padi yang luas di laluan masuk/ keluar kampung dan di hulu kawasan kampung.

Penduduk kampung mendapat bantuan daripada KADA, FAMA, Pertubuhan Peladang dan lain-lain

agensi kerajaan yang berkaitan.

 

o   Tanaman kelapa

 

Penduduk kampung menanam kelapa secara kecil-kecilan di kawasan tanah hak milik masing-masing

sebagai sumber pendapatan sampingan. Kebanyakan buah kelapa dijual kepada pemborong dan kedai santan segera di kampung ini.

 

o   Tanaman pisang

 

 

Selain itu, ada juga penduduk kampung yang mengusahakan tanaman pisang.

Lebih kurang 300 pokok pisang ditanam pada tanah yang berkeluasan 1.15 ekar.

 

 

o   Tanaman Depu ( Karas )

 

 

 

 

Penyemaian pokok depu ( karas ) melibatkan 1,000 benih anak pokok.

Setiap satu ekar dapat ditanam sehingga 400 pokok. Tanaman depu diusahakan oleh Timbalan Pengerusi GDW Kok Pasir,

Tuan Hj Che Kasim Husain.

 

o   Tanaman Lain

 

      Tanaman-tanaman seperti tebu, ubi kayu, salak dan buah-buahan

tempatan juga ditanam oleh penduduk kampung. Semua tanaman

ini tidak diusahakan secara komersil kerana tahap kesesuaian tanah yang rendah dan hanya untuk keperluan keluarga sahaja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TERNAKAN

 

o   Ikan Air Tawar ( Sangkar )

     

 

 

Diusahakan oleh dua orang penternak ikan yang diternak secara sistem sangkar dalam sungai.

Ikan diternak dari jenis Talapia, Patin dan Keli. Ternakan ikan diusahakn secara komersil dan dipasarkan dipasaran tempatan.

 

 

o   Lembu

 

            Dipelihara oleh beberapa orang penduduk kampung sebagai sumber pendapatan

sampingan selain untuk memenuhi permintaan semasa musim perayaan, majlis kenduri perkahwinan dan lain-lain.

 

o   Kambing dan Bebiri

 

Dipelihara secara kecil-kecilan oleh beberapa orang penduduk kampung bagi

memenuhi permintaan domestik kampung sahaja.

 

o   Itik

 

Diusahakan oleh empat orang pengusaha dengan jumlah ternakan melebihi 500 ekor.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERNIAGAAN

 

  1. Kedai runcit                                                              8  buah
  2. Kedai kopi                                                                 7  buah
  3. Kedai Alat tulis dan Fotostat                                  2  buah
  4. Kedai pakaian                                                          1  buah
  5. Kedai gunting                                                           1  buah
  6. Kedai memproses ayam daging                           3  buah
  7. Kedai santan segera                                               3  buah
  8. Kedai harware - alatan binaan                              3  buah
  9. Gerai burger                                                              4  buah
  10. Gerai sayuran/ barangan basah                           3  buah
  11. Pasar malam                                                            1  buah ( 25 gerai )
  12. Pemborong buah kelapa                                       5  orang
  13. Kedai pakaian pengantin                                       1 buah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

         Maz Wangsa Mini Market                                          Kedai santan segera

                                       

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Pasar malam pada hari

Sabtu setiap minggu

 

*Semua perniagaan ini dijalankan oleh anak tempatan di sini untuk

memberi kemudahan kepada penduduk kampung ini dan pendapatan memuaskan.

 

 

 

PERINDUSTRIAN/ PERUSAHAAN ANAK TEMPATAN

 

  1. Perusahaan kuih                                                     5  buah
  2. Perusahaan batu blok/ tiang ukir                                     1  buah
  3. Perusahaan perkayuan/ papan lapis                  2  buah
  4. Perusahaan jahitan/ sulaman                              7  buah
  5. Bengkel membaiki kenderaan/ motorsikal         5  buah
  6. Katering                                                                     2  buah
  7. Penyewaan kerusi/ meja/ kanopi                         1  buah
  8. Bengkel welding                                                      1  buah
  9. Bengkel batik                                                            5  buah
  10. Sewaan jentera berat                                              1  buah
  11. Perusahaan cili sos dan cuka                               1  buah
  12. Perusahaan peralatan pengkebumian               2  buah
  13. Perusahaan batu bata                                            6  buah ( luar kawasan )
  14. Perusahaan perabot                                               1  buah ( luar kawasan )
  15. Kontraktor                                                                  3  orang
  16. Perusahaan seruding                                             2  orang

 

 


 

                                                                                                                                               

 

                                                                       

                                                                       

 

 

 

 

 

            Peralatan Pengkebumian                                   Perusahaan Perabot

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

            Bengkel motosikal                                                   Bengkel welding                 

 

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

 

o     Makanan

 

Syarikat Selehor Murni Enterprise

 

·         Diusahakan oleh Ramlah bt Ismail

 

·         Produk dikeluarkan

 

o   Sos Cili                               -           RM 1.80

o   Pencicah                            -           RM 1.80

o   Cuka                                   -           Besar( RM 0.80 )

-           Kecil  ( RM 0.30 )

 

·         Tenaga pekerja seramai 4 orang tempatan

 

Salah satu produk keluaran syarikat

 

Pemprosesan

 

Pengusaha telah menggunakan mesin dalam memproses produk yang dikeluarkan.

Cara proses, lada hitam dicampur bawang putih dan air, dimasukkan dalam mesin.

Kemudian garam dan gula serta kanji dimasukkan ke dalam bahan yang dimesin.

Bahan dikacau hingga sebati dan siap untuk dibotolkan.

 

Pemasaran

 

Produk keluaran syarikat ini telah dipasarkan di sekitar daerah Tumpat, Kota Bharu,

 Pasir Mas dan Bachok. Syarikat telah menggunakan pemborong untuk pemasaran produk secara menyeluruh.

 

 

 

 

o            Batu-Bata

 

Pengusaha

 

Diusahakan oleh beberapa orang pengusaha, antaranya :-

 


 

o   Hj. Muhammad bin Yusoff

                        Industri bata tanah

                        Pekerja seramai 18 orang

 

o   Zulkifli bin Mohd Nor

            Industri bata tanah

            Pekerja seramai 7 orang

 

o   Che Kob bin Muhammad

            Industri bata tanah

            Pekerja seramai 10 orang

 

o   Zukri bin Mohd Nor

            Industri bata tanah

            Pekerja seramai 5 orang

 


 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

     Bata tanah yang belum dibakar                                            Mesin bata

 

Pemprosesan

 

Dalam membentuk tanah liat menjadi bata tanah berbentuk empat segi, penggunaan teknologi

 mesin memprosesan diaplikasikan secara sepenuhnya, tetapi cara pembakaran masih lagi

secara tradisonal iaitu dengan memasukkan bata ke dalam kebuk pembakaran yang dinyalakan

api di sisinya dan dikawal nyalaan api oleh beberapa orang pekerja untuk mendaptkan

hasil bata yang baik dan tahan lama.

 

Pemasaran.

 

Permintaan dan penawaran bata tanah masih lagi tinggi untuk memenuhi pasaran

 dalam industri pembinaan. Bata tanah ini telah dipasarkan ke seluruh negeri Kelantan.

 

 

 

 

 

PELANCONGAN

 

o                           Suluk

 

Suluk berpotensi diperkenal dan dijadikan salah satu destinasi pelancongan terutama

di daerah Tumpat bagi pelancong yang ingin mencari kelainan dalam aktiviti pelancongan mereka.

Terdapat tiga buah suluk di dunia iaitu di Moroco, Acheh dan Malaysia ( Suluk Tok Selehor, Kg Kok Pasir ).

 

o                           Home Stay - Darul Hanan

 

Tempat yang sesuai untuk penganjuran kursus terutama kepada pelajar sekolah.

Kawasannya yang menghijau dan menghadap sungai mendamaikan lagi keadaan

untuk para pelajar memeberi tumpuan kepada kursus yang diikuti.

Tempat ini lengkap dengan segala kemuduhan infrastruktur seperti surau, bilik penginapan, audio dan dewan besar.